Pusat Lawatan Royal Selangor


Piuter Malaysia dikenali di seluruh dunia kerana kehalusan hasil kerja tangan yang dihasilkan. Royal Selangor ialah syarikat piuter terbesar di dunia dan dikenali kerana reka bentuk yang inovatif dan hasil kerja tangan dalam menghasilkan objek yang diingini menggunakan piuter berharga. Sewaktu Royal Selangor dibuka, piuter yang dihasilkan digilap dengan daun batu (tetracera scandens), sejenis daun tropika.

Oleh kerana kualiti piuter yang dihasilkan, Royal Selangor menerima waran diraja dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dengan mentauliahkan pengeluar sebagai Pewter Diraja.

Pengunjung ke Pusat Pengunjung Royal Selangor boleh mencuba membentuk (atau mengetuk) pewter yang disediakan di School of Hard Knocks. Ini peluang untuk membuat pewter sendiri jadi buat dengan sungguh-sungguh!

Tarikan popular di di sini ialah gelas terbesar di dunia yang dicatat di dalam Buku Rekod Malaysia dan Buku Rekod Dunia Guinness. Gelas gergasi ini setinggi 1.987 meter tinggi dan mempunyai berat 1, 557 kg. Ia boleh menampung kapasiti 2,796 liter. Gelas gergasi ini pernah mengembara ke banyak tempat di dunia seperti Kanada, Australia, Singapura dan China.

Untuk menambah keseronokan anda, terdapat pameran interaktif di Dewan Loceng, "Hall of Finishes" dan Penimbang Berat Gergasi. Peminat komputer juga boleh menikmati pelbagai permainan khas yang disediakan di sini.

Panduan Perjalanan


Menaiki Bas Ulang-Alik Percuma
Pusat Pengunjung Royal Selangor terletak di Setapak Jaya. Perkhidmatan bas ulang alik percuma disediakan di hotel-hotel terkemuka di Kuala Lumpur

Menaiki Teksi
Menaiki dari teksi mengambil masa kira-kira 20 minit.

Transit Aliran Ringan (LRT)
Jika anda menaiki LRT PUTRA, turun di stesen Wangsa Maju dan naik teksi untuk ke Pusat Pengunjung. Perjalanan mengambil masa kira-kira 10 minit.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut

Phone : +603-4145 6122